Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

...zakat...buka pintu rezeki....

Secebis renungan di hari Jumaat...
Ramai orang tidak sedar bahawa zakat adalah salah satu cara membuka pintu rezeki. Apabila pintu rezeki sudah dibuka Allah SWT, maka tiada sesiapa pun dapat menutup dan menghalangnya. 
Mungkin ada orang bertanya, apakah pertanda rezeki sudah dibukakan oleh Allah SWT...kebiasaannya orang sering menafsirkan rezeki dengan wang dan harta.......tetapi rezeki boleh saja dikurniakan dalam bentuk lain...Nikmat kesihatan diri dan keluarga,  itu juga rezeki. Nikmat masa kerana dapat sentiasa bersama orang yang tersayang, itu juga rezeki. Nikmat melihat, merasa dan mampu memejamkan mata kala malam menjelma, itu juga rezeki.Dan sesungguhnya terlalu banyak yang boleh didefinisikan sebagai rezeki daripada Allah SWT.
Apa yang saya share di sini..renungan buat diri saya gak..bukan pandai2 nak suruh orang lain keluarkan zakat..Moga niat saya dan apa yang saya usahakan dipermudahkan Allah SWT .InsyaAllah, pasti Tuhan akan buka pintu rezeki daripada sumber-sumber lain yang kita sendiri tidak jangkakan. 
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman, mengerjakan amal saleh, mendirikan solat dan menunaikan zakat, mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati,” (al-Baqarah: 277)
renung2kan..

0 comments:

Post a Comment