Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

Perkongsian ilmu ~Benarkah susu ibu tidak cukup...Benarkah supplemen tak perlu?Apa komen Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor Group

Entry ini saya kongsikan di blog ini khas buat ibu2 menyusu di luar sana yang sedang mengalami masalah yang sama seperti Su..Ini SMS dari Momma Mia (Alin) ke salah seorang Malaysian Breastfeeding Peer Counsellor Group, Puan Nurul

PERTANYAAN:
''nurul ....alin ni.nk mintak tolong lagi bleh.ada ibu ni masih berpantang bsalin 20 hari..1st wk aft bsalin bb dia masuk NICU sb dehydrate.dtor kata susu dia sket n suh campur fm.dia dah berurut 3 hari n bidan kata susu dia byk.tapi bila dia pump dpt 1oz je plg byk 2oz.

JAWAPAN..(dan ini jawapan Puan Nurul)... jom kita baca

Terimakasih kepada MommaMia yang sudi panjangkan soklan ni kepada acikk..maka acikk dengan rendah diri cuba tuk share kepada semua yang sudi ketahuinya..

Menurut Suhaili(si ibu tadi),ketika mengandung dia dan suaminya telah mengikuti kelas persediaan penyusuan ibu dan sebagainya so memang dia dan suami sudah berniat dan mahu menyusukan baby diorang dengan susu ibu sepenuhnya.Dalam kes Suhaili ni, doktor tadik mungkin telah menyampaikan info yang kurang tepat dimana sepatutnya doktor tersebut memberitahu bahawa Suhaili mungkin kurang kerap menyusukan babynya bukannya susu nya tidak cukup..maka kata-kata itu telah membuatkan si ibu tadik ni berfikir yang susunya memang tidak cukup untuk si anak sehingga anak kekurangan air didalam badan.(pelekapan mulut bayi yang salah ketika menyusu juga boleh menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang secukupnya). Malah dengan menggalakkan si ibu supaya top-pup dengan susu formula akan menyebakan lagi si ibu tadi tidak yakin dengan kemampuannya menyusukan anak sedangkan bukan itu jalan penyelesaiannya.. saya amik contoh untuk dikongsikan bersama ini ayat daripada Kaunselor Laktasi iaitu Puan Kamariah dr susuibu.com

Kadangkala dan kebanyakan masa, ramai ibu mempunyai persepsi, bayi tidak cukup menyusu berdasarkan keadaan payudara yang tidak begitu bengkak dan hampir kempis. Hakikatnya, amat jarang sekali bayi tidak cukup menyusu kerana jika diteruskan juga, susu pasti akan mengalir juga walau dalam kuantiti yang sedikit. Secara tabiinya, apabila susu telah dikeluarkan dari payudara, maka susu yang baru pula akan dihasilkan. Namun jika ibu yang memang ditakdirkan mempunyai 'kilang' penghasilan susu yang agak sedikit, maka resolusinya adalah tambahkan kekerapan penyusuan atas sebab yang diterangkan di atas. (Bukan top up dengan formula yer!) Nasihat saya, untuk memastikan bayi cukup menyusu, perhatikan pengeluaran bukan berdasarkan kemasukan. Maksud saya, jika bayi cukup menerima susu, pasti ada najisnya. Sekurang-kurangnya, bayi akan membuang air kecil 6 kali atau lebih. Selain itu, perhatikanpertambahan berat badannya. Jika naik normal, ini bermakna bayi memang mendapat cukup susu.
Tentang masalah bila pam cuma dapat 1oz hingga 2oz.. itu adalah keadaan normal bagi ibu yang direct feeding lebih-lebih lagi apabila mengepam setelah anak selesai menyusu.Hisapan daripada mulut bayi adalah mekanisme terbaik bagi meransang penghasilan susu ibu maka sememangnya tak boleh nak bandingkan dengan kadar penghasilan susu yang keluar melalui sedutan pam sudah tentulah mulut bayi adalah yang terbaik.
Jika bayi masih merengek dan kembali menghisap susu setelah 5 minit menyusu itu adalah normal kerana pada usia begini bayi merasa selesa dan suka menghisap.Keperluan bayi amat sedikit diawal kelahiran terutama pada 3 hari pertama. si ibu tak perlu merasa risau. Susu tu ada cuma kuantitinya sedikit. Itulah namanya kolostrum, kemudian pada hari yang seterusnya susu peralihan mula keluar. So payudara si ibu akan mula bengkak sebab tu ramai ibu kata lepas 4-5 hari baru susu keluar..sebenarnya susu dah ada dan sangat cukup untuk keperluan bayi yang baru lahir. Cuba tengok balik tanda-tanda baby cukup susu. Perut bayi yang baru lahir hanya sebesar lebih kurang sebiji anggur maka kira-kira 7ml atau beberapa titik susu sudah cukup untuk membuatnya kenyang. Seperti yang pernah saya kongsikan sebelum ini bayi yang baru lahir memang kerap menyusu dan pada minggu-minggu pertama kelahiran ini si ibu seharusnya kerap menyusukan anak bagi meransang pengeluaran susu ibu tetapi jika sudah di campur dengan susu formula dan sebagainya maka dari situla bermulanya susu ibu akan berkurangan harus diingat semakin banyak permintaan maka banyakla penghasilan susu itu.jika bayi sudah kenyang dengan disebabkan telah menyusu dengan susu formula maka kekerapan bayi menyusu dengan susu ibu akan berkurangan lantas juga menyebabkan kurangnya penghasilan susu ibu itu.

Suhaili ade juga menanyakan tentang pengambilan supplemen..untuk makluman tidak salah untuk mengambil makanan tambahan lain sekiranya si ibu tadi merasakan perlu tapi pastikan ianya sesuai dengan tubuh badan kita dan tidak mengandungi bahan-bahan yang memudaratkan. Sememangnya ibu yang menyusu perlu mengambil makanan yang seimbang,pernah seorang rakan saya yang bekerja dalam bidang pemakanan memberitahu sebenarnya kita hanya perlu mengambil lebih kurang sebesar kotak mancis bagi hidangan seperti sayur dan lauk pauk bagi sekali hidangan nasi. Namun jika si ibu merasa perlu tuk mengambil supplemen untuk menampung kekurangan zat didalam tubuh tidak salah,paling penting jangan bandingkan tubuh kita dengan orang lain jika merasa kurang yakin berjumpalah dengan mereka yang lebih pakar dan arif tentang hal ini.

Thanks Alin for info sharing...moga dapat dimanfaatkan buat semua ibu2 diluar sana..dan memberi sedikit sebanyak motivasi buat mereka... kerana motivasi ni perlu hari2... mcm makan gak...ada ke kita mkn sekali je setahun?..ada ke kita minum air sekali je setahun... begitu juga motivasi.. perlu ada jadual yang berkala... seperti servis kereta gak....supaya perjalanan hidup seharian lancar..ceria.. happy..jauh dari stress yang memusnahkan hidup....InsyaAllah..dan semoga pengambilan supplemen breastfeeding set Shaklee dapat membantu sedikit sebanyak dalam menampung kekurangan nutrient yang diperlukan badan dan sekaligus membantu si ibu yang bekerja keras untuk menghasilkan susu......si ibu cergas..si kecil ceria.....dan saya tumpang bahagia juga...:-)

Dan lastly..saya nak selit gambar junior UTP saya ni.. bila tadi saya baca blog Laila...nampak gambarBae ni...refer disini ye .. Wahh..dah 3 orang anak si Bae ni.. lajunya production..la ni dia kat Sabah...yang si Laila pulak kat miri..masing2 hubby kat offshore(bukannye sehari dua ye...mahu 2-3 minggu)....dahla semua takde maid..masing2 jadi superman la dok menguruskan 3 orang anak... pergh...kagum kagum... saya ni yang sorang ni pun rasa mcm nak pecah anak tekak ni..teringat zaman2 kat Miri dulu.. famili jauh..mmg susah senang tanggung sendiri daaa...si ibu mmg kene jadi superwoman...saya faham apa yang diorang rasa ..tapi dulu saya kat miri..saya kene jaga sorang je... yang diorang ni jaga 2-3 org anak..perghh.. hebat2..
Ni Komen beliau tentang Set Breastfeeding Shaklee~~~~~~“Dah amik dkat 3 bln.. Blik keje masih ada sisa tenaga to do house work as anak 3 org n xda maid for now.. Susu lbh pekat so anta kat nursery 3 bottle pun ckp for the day.. Kulit muka pun cam bersinar tanpa perlu mkn mende lain.. Tapi kena minum byk air and mkn makanan yg berkhasiat.. Mkn x perlu byk tapi seimbang so berat cepat turun gak lah..”
All the best yer Bae.... InsyaAllah diberikan kekuatan meneruskan perjuangan hidup sebagai seorang muslimah sejati..cewahh..

Lain2 yang menarik:

0 comments:

Post a Comment