Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

ujian dan cabaran takkan putus....yakinlah Allah Maha Penyayang...

saya nak memetik kata2 perangsang dari sahabat saya yang dah saya anggap mcm kakak sendiri..kene marah...kene puji..sume ada...hehe.mcm adik bradik..air dicincang takkan putus..hehe... (tringat zaman kat Miri dulu..famili jauh..so kwn2 yg dekat la jadi mcm sedara dah..salah sorangnya si norita ni...)..

"......Ujian dan cabaran takkan putus selagi kita hidup. Ianya mengajar kita erti kesabaran,..Saya selalu berdoa mengharapkan yang baik agar yang baik akan berlaku....Saya cuba positifkan diri saya kerana dengan mempunyai cas yang positif kita akan kuat mengharungi semua cabaran yang datang.....................Sesungguhnya segala bentuk amalan kita dengan Allah perlulah berterusan... arwah abah saya kata berzikir itu ibarat menabung... bila dah cukup, insyaAllah hajat kita akan sampai.

Sama juga macam penyakit, ia tak datang dengan serta merta, ianya perlukan masa membiak dalam badan kita untuk menjadi penyakit. Orang yang gemuk bukan sejak lahir biasanya disebabkan tabiat makan yang tidak elok. Namun bukan sebab makan ayam seekor satu hari terus membuatkan dia gemuk keesokkan harinya, tetapi sebab makan makanan yang tinggi lemak secara berterusanlah yang boleh buatkan dia menjadi gemuk........................

Sama juga macam tanam pokok, hari ni kita menanam, bukannya esok boleh terus menuai.Semuanya memerlukan kesabaran dan sikap istiqamah........Teruskan beramal dan berdoa, yakinlah Allah Maha Penyayang dan sentiasa berprasangka baik dengan Allah insyaAllah kita akan terus maju jaya.

....harapnya kata2 motivasi di atas memberi semangat ibu2 meneruskan perjuangan dalam penyusuan dan buat yang lain2 yang bukan kategori nursing mothers...moga anda semua tabah menghadapi apa jua ujian ranjau suka duka dalam kehidupan...ingat yer...Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian"

0 comments:

Post a Comment