Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

Waktu mustajab berdoa ~ Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah


Dah berapa hari sy tak sempat nak jengah atau menulis di laman ini.. ..Apa yg tersirat, tersurat di hati saya.. sesungguhnya hanya Dia yang tahu.. Saya yakin. setiap dari kita diuji mengikut kemampuan masing2..
Akan tetapi... Allah itu Maha Penyayang.. kita diberikannya senjata utk menghadapi ujian hidup... tidak kira miskin atau kaya, berkuasa atau rakyat jelata, hodoh atau jelita.. Senjata ini millik semua org... Benar... doa itu senjata ampuh bagi mereka yang beriman..Dukacita dan keperitan hidup menghapuskan dosa dan menaikkan darjat seseorang di sisi Allah.. Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.. Jadi teruskan berdoa dan jangan mudah putus asa dengan rahmat Allah.. Di bwh ni saya nak share waktu2 mustajab berdoa..
__________________________________
Menurut Ibn ‘Atha: Doa itu mempunyai beberapa rukun yang kuat menyebabkannya naik ke langit untuk diterima Allah s.w.t. Rukun yang paling utama ialah hadir hati dan memohon dengan tawadhuk. Sayap-sayap doa itu adalah berdoa dengan penuh keikhlasan dari hati dan bertepatan dengan waktu yang dimakbulkan doa, iaitu:
1. Berdoa sewaktu hujan turun.
2. Ketika hendak solat.
3. Pada waktu tengah malam terutama sepertiga malam.
4. Waktu di antara azan dan iqamah.
5. Ketika sujud dalam solat kerana sabda Rasulullah s.a.w: “Sehampir-hampir hamba kepada Tuhannya ialah ketika waktu sujud.” (HR Muslim)
6. Selesai solat fardhu.
7. Ketika berpuasa.
8. Malam al-Qadar.
9. Ketika khatam 30 juzu’ al-Quran.
10. Sepanjang hari Jumaat.
11. Sepanjang perjalanan bermusafir.
12. Ketika berjihad dan sewaktu melaksanakan ibadah.
13. Ketika iman meningkat kerana mentaati Allah s.w.t.
14. Waktu menerima ujian.
15. Ketika tentera Islam berhadapan dengan tentera musuh.
16. Ketika ayam berkokok kerana Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila kamu mendengar ayam berkokok, maka mohonlah anugerahNya kerana ayam itu melihat malaikat.” (HR al-Bukhari, Muslim)
___________________________________________
Akhir kata.. ..anda pasti sentiasa mendengar kata2 ini.. "mata pena itu lebih tajam dari mata pedang... ".... dan sy nak tanya disini.. jika doa itu senjata ampuh org mukmin.. apa pula yg lebih tajam dari doa?...JIka anda tahu rahsia jawapan ni... InsyaAllah.. rezeki anda akan melimpah ruah.. kerana jawapan kepada soalan tersebut merupakan salah satu kunci telaga rezeki...
Selamatberhujung minggu...dan selamat malam

0 comments:

Post a Comment