Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

rasa gemuk selepas raya?..tips baikkk untuk kurus

nak kurus?...dah cuba makan mcm2 produk?..tak jalan jugak?..actually ada beberapa faktor punca diet anda gagal...
  1. anda mungkin dalam kategori metabolisme yang rendah maka kesan untuk menurunkan berat badan mengambil masa yang lama.
  2. lemak tepu yang terkumpul didalam badan menyebabkan penurunan berat badan begitu sukar dan anda perlu memecahkan lemak tepu ini
  3. Sejarah seperti keturunan (genetik) juga memainkan peranan yang penting. Faktor ini perlu ditangani dengan usaha dan semangat yang kental.
  4. Faktor pemakanan yang tidak seimbangdan berlebihan.

JADIII..kalau dah tahu kadar metabolisma tu rendah.. jangan risau..ada cara nak naikkan kadr metabolisma dan seterusnya diet anda pasti berjaya...here are the tips
  1. Makan dalam kuantiti kecil tetapi kerap iaitu setiap empat hingga lima jam. Apabila ada kemasukan makanan, kadar Metabolisme akan meningkat kerana badan perlu bekerja untuk mencernakan makanan. Secara tidak langsung ia juga menyebabkan kadar Metabolisme akan meningkat bagi menukarkan makanan kepada tenaga.
  2. Pastikan anda mengambil sarapan. Kajian menunjukkan individu yang mengambil sarapan secara tetap dalam masa dua jam selepas bangun tidur mempunyai keupayaan lebih baik untuk mengawal berat badan.
  3. Ada yang menyarankan supaya mengambil protein setiap kali makan. Protein dikatakan mampu meningkatkan kadar Metabolisme lebih baik berbanding karbohidrat dan lemak. Bahkan pengambilan protein pada kadar sederhana mampu membantu mengekalkan dan membina jisim otot.
  4. Buat senaman aerobik empat hingga lima hari seminggu; sekurang-kurangnya 20 minit satu sesi. Senaman aerobik adalah perlakuan berulang-ulang seperti berjalan cepat, berlari, berenang, berbasikal atau menari.
  5. Buat senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, mengangkat dumbel sudah memadai. Jika tiada, gantikan dengan botol mineral yang berisi air.
  6. Minumlah air sekurang-kurangnya lapan gelas sehari. Ia membantu meningkatkan kadar Metabolisme , proses pencernaan dan perkumuhan bahan toksin daripada badan.
  7. Tidur memberi peluang badan berehat dan memperbaiki kerosakan tisu. Ia juga membuatkan kita berasa lebih bertenaga untuk melakukan tugas harian dan meneruskan senaman.
nahh..dah tahukan cara nak tingkat kadar metabolisma..apa lagi... cuba lah yer

0 comments:

Post a Comment