Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

Rezeki Allah datang dalam pelbagai bentuk...Ujian Allah juga dalam pelbagai bentuk...Tabahkan hati kami menghadapi ujian dariMu ya Allah..


.............Sabtu yang lepas saya dikejutkan dengan berita kematian isteri rakan sekerja saya,..rakan sepasukan ketika bertugas di Pulau Indah ..setahun lebih duduk satu team..jadi org kata cubit paha kiri.paha kanan terasa gak...sabar ye Azad.....rasa terkejut masih bersisa di hati ni..berat bahu memandang berat lagi bahu yg memikul.... ini yang dinamakan ajal maut ditangan Tuhan..mari kita sedekahkan Alfatihah buat arwah Miza..Tuhan lebih sayangkan beliau..... Dan kemudian pagi tadi dapat pula berita dari sahabat saya,kak N yang keluarganya menjadi salah seorang dari mangsa banjir di Johor.siapa lah yang tak sayu lagi2 ibu dan famili jauh dari mata....dan saya juga salah satu dari jutaan ribuan manusia di muka bumi yang tak lari dari musibah dan ujian...saya juga mendapat berita ibu saya di Melaka terlibat dengan kemalangan...cuak juga mendengarnya...sayu di hati Tuhan sahaja yang tahu... apa2 pun...alhamdulillah selamat...x-ray jantung paru2 okay cuma usus ada sedikit injured...risau lah juga dengar yang luka dalaman ni..Hmm..Siapalah saya nak menolak semua musibah dan ujian yang ditentukan Allah.. Bagi saya..apa yang saya tempuhi..adalah sedikit jika nak dibandingkan dengan sahabat2 dan insan2 lain diluar sana yang lebih getir ranjau hidupnya...

............................Dan malam ni....kejadian2 ini semua membuat saya terfikir....Adakah kehilangan yg tersayang,kehilangan harta benda,kesakitan jiwa fizikal,kekurangan fizikal..ini sahaja bentuk ujian Allah?.... bagaimana dengan masa yang lapang,hidup yang selesa, hartabenda wang melimpah ruah, isteri anak2,pangkat,kecantikkan.... itu semua bukan ujian?...Jangan sempitkan minda kita dengan hanya melihat yang sedih2 itu sebagai suatu ujian...Kerana masa yang lapang,kesihatan,harta benda...itu juga satu ujian..Ujian dari Allah utk melihat sejauh mana kita lalai atau peka dengan nikmat2 Allah....kerana semua itu milik Allah jua....."Ya Allah... .Ampunkanlah kami ya Allah. Janganlah Kau jadikan kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin… Ya Rabbal ‘Alamin…"...... Begitu juga dengan rezeki...rezeki bukan sahaja dalam bentuk wang ringgit.....tetapi rezeki boleh saja dikurniakan dalam bentuk lain...Nikmat kesihatan diri dan keluarga, itu juga rezeki. Nikmat masa kerana dapat sentiasa bersama orang yang tersayang, itu juga rezeki. Nikmat melihat, merasa dan mampu memejamkan mata kala malam menjelma, itu juga rezeki.Dan sesungguhnya terlalu banyak yang boleh didefinisikan sebagai rezeki daripada Allah SWT...........Kadang2..saya terfikir... byk lagi kekurangan saya dalam menjaga hubungan dengan Allah...tetapi bagaimana kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya ..tetapi saya masih ditimpa musibah?..ye benar..ia mungkin kifarah atas dosa2 saya yang lepas atau pun peluang untuk saya merebut pahala dan meningkatkan iman...begitu juga dengan anda...Kita hanya manusia biasa... Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya..

Akhir kata.............
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286..

Doa inilah yang saya doakan buat kita semua.. Jadi sahabat2 yg tersayang.... hargailah yang tersayang sementara nyawa dikandung badan...dont take things for granted....gunalah sebaik mungkin masa lapang anda..peliharalah kesihatan anda.....masa muda mu......Renungilah kata2 hikmah ni...
.Sabda Rasullullah S.A.W bermaksud "Rebutlah peluang 5 perkara sebelum dtg 5 perkara yg lain, iaitu masa muda mu sebelum dtgnya hari tua, masa sihat mu sebelum engkau dilanda sakit, masa kaya mu sebelum engkau jatuh papa, masa lapang mu sebelum datangnya waktu sibuk dan masa hidup mu sebelum datang saat kematian"
.....kerana setiap detik yang dah berlalu..tidak akan kembali...

Jalanilah harimu dengan gembira dan berbuatlah dengan lebih bersungguh2..bersabarlah...Allah pasti memberi jalan keluar..mudah2an jalan keluar itu segera sampai dan ingatlah bahawa mencari bahagia itu tidak ubah seperti menanam bunga mawar.Sebaik ditanam tidak terus berputik,tetapi biarlah ia tumbuh dan membesar dahulu

Selamat malam semua..

0 comments:

Post a Comment