Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

Tips Kesihatan & kecantikan utk wanita 30-an

mlm tadi terjumpe tips menarik ni...Tips Kesihatan dan kecantikan utk wanita 30-an (saya kan dah masuk 30 tahun ni...so kene beringat2 lah yer....hehe)..jom kita baca
1 KAWAL pemakanan. Proses penuaan dapat dilambatkan jika kita mengamalkan pemakanan yang seimbang. Banyakkan makanan berserat tinggi, sayur dan buah-buahan. Kurangkan makanan berlemak, minuman yang mengandungi banyak kafien, minuman ringan dan makanan ringan. < --- Alerhai..tak boleh makan sebarang2 yer...kene blajar makan sayur dan buah kat rumah lepas ni yer...
2 Guna Pelembap yang sesuai. Apabila umur kita menjangkau 30-an, keanjalan dan kelembapan kulit semakin kurang. Oleh itu penggunaan krim pelembab sangat diperlukan. < --- I love nutriwhite...
3 Cuba elakkan dari pancaran cahaya matahari. Jangan biarkan muka anda banyak terdedah kepada cahaya matahari didalam jangkamasa yang panjang. Pendedahan yang lama bukan saja dapat menggelapkan kulit, ianya juga dapat mengurangkan kelempapan kulit yang membawa kepada kekeringan. < -- nak buek cemana yer..keje kat site mmg dok bwh matahari..maka lepas ni takboleh duduk berjemur lama2 yer... nak kene pakai sunblock 50++
4 Sentiasa bersenam.Pastikan kita melakukan senaman ringan setiap hari selepas bangun tidur. Dan kalau ada masa, lakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. <-- 3x seminggu?..hmm..alahai..ni yang malas ni... tapi kalo malas..karang lemak tak pecah2 la plak yer...
5 Minum banyak air. Kekeringan dan gejala penuaan boleh diperlambatkan dgn meminum banyak air. Ini kerana air adalah aset penting untuk kesihatan tubuh badan terutamannya kulit muka. Kekurangan jumlah air dalam badan boleh menyebabkan kita mudah diserang pelbagai penyakit. Selain itu, air penting untuk proses penghadaman dan penyingkiran toksin dalam tubuh badan. <-- lepas raya ni mmg perasan yang bile kurang minum air..kulit kering sgt.....kene set balik target 2liter sehari
6 Makanan tambahan. Pengambilan vitamin adalah amat digalakkan untuk wanita 30-an. Kesibukkan dengan tugasan dipejabat dan dirumah menyebabkan kebanyakkan wanita jarang mengamalkan pemakanan seimbang. Jadi pengambilan vitamin dapat membantu menyelesaikannya. < -- yg ni saya suker..penuh dah stok vitamin tak rumah..CUMA MASALAHNYA..nak kene rajin makan..bab disiplin ni mmg mencabar..heheh
7. Elakkan bermekap tebal. Wanita 30-an seelok-eloknya menggunakan mekap yang nipis dan bersederhana. Cuba elakkan dari menggunakan foundation yang tebal serta lipstik yang merah menyala. Ianya akan membuatkan wanita ini nampak lebih tua dan garang. <-- mekap? ...takper..saya pun jarang mekap...pakai bedak pun malas..hehe
8. Positif, ceria dan selalu bersama yang tersayang. Wanita 30-an mestilah mengamalkan sikap positif, sentiasa ceria dan selalu bersama yang tersayang. -- hubby saya jauh di seberang laut ..isk isk..takperla..asalkan faiz dan keluarga2 ada dekat...
source:here
lain2 entry menarik:

0 comments:

Post a Comment