Produk Shaklee

Produk Shaklee

Friday 8 July 2011

anda percaya pada takdir?

Jika sebelum ni saya menulis tentang doa....perlunya usaha dan berdoa....tetapi bagaimana dengan takdir dan ketentuan yang dah ditetapkanNya?..Kalau dah takdir..apa perlunya berdoa dan usaha?........Saya ni bukannya cikgu agama atau pakar motivasi tetapi sekadar menulis apa yang terdetik di minda dan hati saya....



Fakta penting: Qada dan qadar adalah salah satu dari rukun iman yang wajib dipercayai dan diimani oleh setiap orang .Firman Allah Taala bermaksud:…..Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.(Surah al-Anaam: ayat 59).Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

 Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya…Ye..itulah hikmah qada dan qadar sebenarnya….apa hak kita untuk menyalahkan qada qadar….mcm saya sendiri..saya belajar dengan mendalam makna qada qadar ni waktu menerima kematian arwah abang kandung saya..time tu sy form 4 ,arwah abang baru abih form5..1st time dengar berita dia meninggal serta merta di tpt accident..yaAllah .tersentak saya yg dok hepi2 muda remaja.hihi….saya mcm tak percaya…...somebody please tell me semua ni mimpi..mana boleh abang saya mati..satu2nya abang saya…waktu tu seminggu lagi nak raya…..kenapa bukan org lain..kenapa nak amik abang saya yg sorang tu..yang sangat baikk orgnya….oh noooooo..tak boleh trima.. tak bolehhhhh…lainlah kalu  dia dah tua ke,mmg dah lama sakit ke…ni tidak..sekelip mata…lama jugakla saya breakdown..kat sekolah termenung,bla bla..…sampai mama kene panggil cikgu sekolah..cikgu buat report sbb tgk saya termenung je kot kat dm kelas (huhu)….Well…Bagaimana dengan anda..bagaimana takdir hidup anda?

Mari kita renung firman Allah :
Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia-lah sahaja; dan Ia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Ia mengetahuinya, dan tidak gugur sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan semuanya tertulis di dalam Kitab ( Lauh Mahfuz ) yang terang nyata.” (Al-An’aam :59)

 Personally I think takdir adalah program yang dah ditetapkan Allah..berdasarkan ayat ni…..setiap manusia, apabila diciptakan Allah, telah ada ketentuan takdir yang dikhaskan untuk manusia itu, dan segalanya telah direkodkan didalam ‘Ummul Kitab’ yang tersimpan di Lauh Mahfuz. ..takdir ini merangkumi segalanya…rezeki,jodoh,ajal,maut…. dan segala-galanya tentang seseorang itu…akan TETAPI tentang bahagia atau tidak, berjaya atau tidak kehidupan seseorang itu, manusia diberikan kebebasan memilih… 

sabda Nabi S.A,W:"...TIDAK ADA YANG DAPAT MENOLAK KETENTUAN TUHAN KECUALI DOA...tidaklah yang menambah umur kecuali berbuat kebajikan.."

Jadi sudah nyata kita tak boleh menyerahkan saja pada takdir yang kita sendiri belum tahu rahsianya....tak dinafikan lumrah manusia tak pernah puas..dan suka membanding2kan nasib sendiri dgn nasib org lain..bak kata omputih…grass is always greener on the other side..pendek kata..situasi org lain selalu nampak elok je di mata kita…apa yg kita dpt tak penah cukup,tak penah puas…..

..“kenapalah  aku cacat, kenapa aku buta,bisu,pekak......Kenapa org tu perfect je paras fizikalnya......Kenapa aku putus cinta..kenapa jodohku tak sampai lagi...…Kenapa aku tak dpat anak lagi ni…..Kenapa aku tak dapat kawin dgn si dia…..Kenapa dia bukan jodohku….Kenapa dia pergi terlalu awal….Kenapa dia mati dulu..Kenapa mak ayah aku mati...Kenapa hidup aku tak bahagia…..Kenapa aku fail exam…Kenapa bini aku tak cntik mcm maya Karin…Kenapa laki aku ni tak romantic mcm laki kawan aku…..Kenapa aku jdi anak yatim piatu…kenapa aku dpt anak mcm ni….Kenapa gaji aku tak pernah cukup ni…Kenapa org tu dapat hidup mewah…Kenapa aku tak cantik…Kenapa rumah dia besar…kenapa dan kenapa yang tidak pernah berkesudahan…..Ala....ni semua takdir..dah nak buat cemana..(lemah je bunyinya)….TETAPI cuba dalami firman Allah swt ni
bermaksud:
Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. (Surah ar-Rad: ayat 11).

...Allah telah memberikan manusia kudrat untuk memperbaiki dan memastikan kehidupan manusia itu sentiasa dalam keadaan yang baik…kita tak boleh serahkan segala yg berkaitan dgn nasib kita semata2 pada Allah..kerana kalau kita menemui kesusahan..pasti kita akan menyalahkan AllahSedangkan Allah itu Maha Adil, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.  
Jadi renung2kanlah di hari jumaat yang mulia ini ..kenapa saya menulis tentang ini semua.sebab saya nak kita semua tahu.takdir itu ketentuan Allah akan tetapi dgn usaha dan doa …dengan limpah rahmatnya, Allah mampu mengubah takdir kita ....akan tetapi at the end of the day...sekiranya kita telah berusaha gigih dan berdoa sehabis baik...tetapi tidak Berjaya mendapat dgn apa yg kita hajatkan..jangan bersedih…ianya kerana perancangan Allah mengatasi segala perancangan kita dengan tujuan untuk memberikan yang terbaik buat hambaNya…

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah :216)

 Itulah realiti kehidupan. Kita tidak sentiasa dapat apa yang kita suka, maka belajarlah untuk suka apa yang kita dapat..

0 comments:

Post a Comment